Social Icons

Featured Posts

SUASANA SEKITAR SK PULAI

Permandangan kawasan hadapan pintu masuk sekolah

SUASANA SEKITAR SK PULAI

Gambar kawasan pejabat sekolah

SUASANA SEKITAR SK PULAI

Permandangan kawasan sekitar sekolah

SUASANA SEKITAR SK PULAI

Permandangan kawasan sekitar sekolah.

SUASANA SEKITAR SK PULAI

Permandangan kawasan sekitar sekolah

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Hasrat Kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia akan tercapai dengan penglibatan semua pihak

KATA ALU-ALUAN


Assalamualaikum dan Salam Solidariti

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia serta izin Nya, saya Mohamad Fauzi bin Md Nor sebagai Guru Besar SK Pulai sekali lagi pada tahun 2017 ini saya memimpin dan mentadbir SK Pulai, Baling, Kedah.

Keinginan warga SK Pulai untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sekolah elit kebangsaan yang lain, sentiasa menjadi idaman dan harapan semua. Justeru itu, sekolah ini telah mengorak langkah dengan membina satu pasukan kerja yang komited dan jitu bagi merealisasikan impian tersebut. Satu pelan tindakan strategik telah dirancang dengan rapi agar perlaksanaannya mengikut landasan yang betul dan berkesan.

Saya berharap agar semua guru, staf, PIBG dan ibu bapa serta pihak-pihak lain yang terlibat, sentiasa berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar kecemerlangan dapat dijana seterusnya meningkatkan kualiti kerja yang optima.

Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredhaanNya jua.

Akhir kata kepada semua staf dan guru SK Pulai, "Selamat bertugas dengan penuh komitmen, ikhlas dan dedikasi". Sesungguhnya yang baik itu hanya dari Allah SWT dan segala keburukan adalah daripada kesilapan diri manusia itu sendiri.

Sekian...Wassalam

En. Mohamad Fauzi Bin Md Nor BKM, PJK
Guru Besar
SK Pulai, Baling, Kedah
----------------------------------------------------------------------

Tuesday 2 October 2018

PIBK

Apa maksud PIBKPIBK 

      PIBK bermaksud Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti. Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti. Di Malaysia, kira-kira satu perempat daripada masa murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah.

          Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid. Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi dan ketidakhadiraan murid yang rendah. 

         Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai yang diajar kepada murid di sekolah.

          Anda boleh rujuk KERTAS KONSEP PIBK untuk lebih memahami Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dan tujuan pelaksanaannya.

                             











Tuesday 13 October 2015

1BestariNet - Frog VLE

Murid-murid Tahun 4 Pintar dalam kelas PdP Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Taufik bin Md Alias. Murid-murid sedang menggunakan Chromebook untuk melayari Frog VLE dan aplikasi Internet yang lain...(^_^)
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

https://www.yes.my/v3/1bestarinet/bm.do


Sunday 30 August 2015

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 58

MERIAH SUNGGUH SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 58 PADA TAHUN INI DI SK PULAI. PELBAGAI AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN TERMASUKLAH:

- PELANCARAN HARI KEBANGSAAN PADA 23 OGOS 2015
- PERTANDINGAN MELUKIS DI ATAS KAIN RENTANG BERTEMAKAN HARI KEBANGSAAN PADA 26 OGOS 2015
- PERARAKAN MENGELILINGI KAWASAN SEKITAR SEKOLAH DAN KAMPUNG PADA 30 OGOS 2015
- PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SERTA MEWARNA








Thursday 20 August 2015

MOTIVASI MURID TAHUN 6 UPSR 2015

20 OGOS 2015

AKTIVITI-AKTIVITI
- LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH SAINS MOHAMMAD JIWA
- THE CARNIVALL WATERPARK



Sunday 16 August 2015

QIAMULLAIL UPSR

13 OGOS 2015



Wednesday 5 August 2015

PAMERAN JABATAN PERHILITAN

05 OGOS 2015

PROGRAM PAMERAN OLEH AGENSI PERHILITAN DAERAH BALING
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PERHlLITAN Negeri Kedah dengan kerjasama agensi - agensi Negeri Kedah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan Program Pameran Pendidikan Konservasi Hidupan Liar dan Sumber Biodiversiti bersama Sekolah - sekolah Daerah Baling, Kedah. Daerah ini dipilih kerana masih terdapat sumber biodiversiti yang perlu diberi perhatian oleh segenap lapisan masyarakat.



Contact Form

Name

Email *

Message *

 

menuju puncak :: UPSR 2018

:: Buku Pelawat ::

PENGIKUT BLOG

 
Blogger Templates