Social Icons

SEJARAH




LATAR BELAKANG PENUBUHAN SEKOLAH

Sepintas lalu Sekolah Kebangsaan Pulai diasaskan dalam 30 an oleh Gemulah Tuan Hj Ahmad bin Ismail seorang dermawan di daerah ini. Pada peringkat permulaannya sekolah dikenali sebagai Sekolah Rakyat Pulai” didirikan di atas tapak bangunan sekolah JKR 790 yang ada sekarang ini. Jumlah murid ialah seramai 30 orang dengan seorang guru iaitu Gemulah Encik Abdul Hamid bin Derakta. Sekolah ini terpaksa ditutup kerana gurunya (En Derakta) jatuh sakit dan pecah peperangan dunia ke 2. 

Kemudian sekolah Melayu Pulai yang pertama telah dibuka dibangunan kedai kosong berhampiran dengan sekolah yang ada sekarang. Sekolah Rakyat tersebut telah dibuka dalam tahun 1948 dengan jumlah muridnya 98 orang. Guru besarnya ialah Gemulah Cikgu Mohd Zain bin Ismail. Beliau dibantu oleh dua orang guru lain iaitu Cikgu Mohd Daud bin Darus dan Cikgu Mohd Ali bin Shariff. Gaji guru-guru ketika itu, dibayar oleh rakyat  dan mendapat sedikit bantuan dari pihak kerajaan.

Pada tahun 1953, dengan bantuan Kerajaan dan dari wang kutipan yang diperolehi daripada rakyat di kampung-kampung dalam Mukim Pulai maka sebuah sekolah bantuan Kerajaan yang berdindingkan papan dan berbumbungkan zinc berharga RM 11,295.28 telah didirikan di atas tapak tanah yang dihadiahkan oleh Gemulah Tuan Hj Ahmad bin Ismail. 

Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Mohd Shariff bin Othman, bekas Menteri Besar Kedah pada hari Jumaat 06 Mac 1953. Sekolah ini telah diterima menjadi Sekolah Kerajaan pada 01 Julai 1953 dengan semua guru-gurunya terdiri daripada pegawai kerajaan. Guru Besarnya yang pertama ialah Tuan Hj Assaad bin Yusoff dengan dibantu oleh enam orang guru lain. Ketika sekolah diterima menjadi Sekolah Kerajaan bilangan murid ialah seramai,255  orang orang (159 lelaki dan 95 orang perempuan). Disebabkan sekolah ini hanya mempunyai empat bilik darjah maka Pihak Jawatankuasa Sekolah Rakyat terpaksa menggunakan kedai kosong bagi menampung murid-murid yang semakin bertambah.

Pada pertengahan tahun 1960 Kerajaan telah membina sebuah sekolah satu tingkat dengan enam buah bilik darjah, sebuah pejabat dan sebuah stor. Bangunan ini (JKR 790) adalah sebagai ganti kepada Sekolah Rakyat yang pertama (Kedai) yang  uzur dan tidak sesuai lagi. Bangunan ini (790) telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Hj Abdul Rahman bin Talib, Menteri Pelajaran pada 01.11.1967 bersamaan 17hb Jamadil Akhir 1387. Bangunan sekolah yang didirikan oleh rakyat dengan bantuan Kerajaan itu sudah tidak sesuai lagi. Pihak Lembaga Pengurus sekolah berserta waris telah mendesak kerajaan supaya membina sebuah sekolah lain. Projek pembinaan sekolah baru dua tingkat dengan enam bilik darjah, dan sebuah pejabat. Stor dan bilik guru telah dimulakan pada awal tahun 1974. Bangunan sekolah ini (1390) telah didirikan di atas padang permainan. Sebagai ganti kepada padang permainan sekolah, pihak kerajaan telah mengambilalih kawasan kampung dan sawah untuk dijadikan kawasan padang permainan. Kawasan sekolah ini telah dipagar dengan pagar  “Chain Link’ Luas kawasan  sekolah ialah 3 Ekar 2 Rod 6 Pole


SENARAI GURU BESAR

1. ENCIK MOHD ZAIN BIN ISMAIL   ( 01.07.1953 – 12.06.1954 )

2. ENCIK MOHD SAAD BIN YUSOF   ( 13.06.1954 – 31.12.1959 )

3. ENCIK OMAR BIN CHE TEH   ( 01.01.1960 – 30.04.1969 )

4. ENCIK ABD HAMID BIN ABD RAZAK   ( 01.05.1969 – 14.01.1971 )

5. ENCIK SAUD BIN WALAD   ( 15.01.1971 – 12.12.1976 )

6. ENCIK RAMLI BIN HJ ISA   ( 13.12.1976 – 31.12.1979 )

7. ENCIK ABD RAHMAN MAHAYADIN   ( 01.01.1980 – 27.11.1984 )

8. ENCIK HASAN BIN MD ZAIN   ( 01.12.1984 – 15.12.1986 )

9. ENCIK OSMAN BIN MEH   ( 16.12.1986 – 15.12.1987 )

10. TUAN SYED OMAR BIN SYED NOH   ( 16.12.1987 – 31.12.1989 )

11. ENCIK JAMAAN BIN ABD RAHMAN   ( 16.01.1990 – 06.10.1995 )

12. TN HJ MOHAMAD BIN HJ SAIDIN   ( 16.12.1995 – 24.07.2000 )

13. TN HJ AZIZAN BIN HJ OMAR   ( 25.07.2000 – 12.10.2011 )

14. ENCIK AHMAD BIN JUSOH   ( 13.10.2011 – 01.04.2014 )

15. ENCIK IDRIS BIN SAID   ( 01.04.2014 - SEKARANG )




2 comments:

  1. Tuan Haji Ahmad Bin Ismail adalah atok saya. Salah seorang anak Haji Ahmad Bin Ismail bernama Jaafar Bin Haji Ahmad adalah ayah saya dan baru meninggal dunia pada bulan 5, 2016. Sedikit sebanyak ayah saya ada menceritakan tentang arwah Hj Ahmad bin Ismail semasa hidupnya di Pulai, Baling.

    ReplyDelete
  2. Sdr Azilan... agak2nya ada tak gambar Tn Hj Ahmad Bin Ismail dalam simpanan?

    ReplyDelete

Contact Form

Name

Email *

Message *

 

menuju puncak :: UPSR 2018

:: Buku Pelawat ::

PENGIKUT BLOG

 
Blogger Templates