Social Icons

Tuesday 2 October 2018

PIBK

Apa maksud PIBKPIBK 

      PIBK bermaksud Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti. Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti. Di Malaysia, kira-kira satu perempat daripada masa murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah.

          Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid. Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi dan ketidakhadiraan murid yang rendah. 

         Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai yang diajar kepada murid di sekolah.

          Anda boleh rujuk KERTAS KONSEP PIBK untuk lebih memahami Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dan tujuan pelaksanaannya.

                             











No comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

 

menuju puncak :: UPSR 2018

:: Buku Pelawat ::

PENGIKUT BLOG

 
Blogger Templates